ADVENTS RILIS MV PERDANA, TELEVISION DREAM





Advents diasaskan berdasarkan perbualan antara dua rakan; Eimann dan Shawin di WhatsApp kira-kira masa Januari 2017. Ia adalah dalam usaha  untuk mencari ahli yang mungkin berminat dan bersemangat untuk melakukan persembahan di sekolah yang sering diadakan sebelum ini. Oleh itu, Eimann rekrut Nadree, bassist semasa kumpulan di mana beliau turut mencadangkan sepupunya, peminat jazz, untuk bermain dram.

Beberapa bulan kemudian, dan pada akhir 2017, band ini secara rasmi bersetuju untuk bertemu di sebuah studio untuk latihan band buat pertama kali. Pertemuan ini juga mengejutkan kerana keserasian mulai dirasai terutama dari sudut muzikal. Hasilnya, dari keserasian yang mulai membentuk, Advents merilis single pertama mereka bertajuk 'Television Dream'.


Terkini, pada 10 april 2020, Advents melancarkan sebuah muzik video rasmi single debut mereka bertajuk 'Television Dream' di saluran Youtube. Sehubungan dengan itu juga, Advents bakal merilis EP pada 28 april ini dan sebarang kemaskini kugiran Advents ini boleh diikuti dirangkaian sosial media Advents. 



Sebagai info, nama Advents diambil bersempena dengan 'The Advent' - sebuah studio dimana mereka bertemu buat pertama kali dan hingga kini, Advents sudah pun mengeluarkan beberapa lagu lain seperti 'Bad Sense Of Time' dan  'Slow Dance' yang bernuansa skena muzik 80an.


Comments