MAD & RISSA RILIS NORMATIF, TENTANG BERPEGANG TEGUH PADA NORMA






Setelah melalui tahun 2019 menimba pengalaman yang berharga, memori manis dan pahit serta fokus terhadap penjualan album yang dirilis pada awal 2019 dengan tanpa sebarang rilisan baru sepanjang 2019 maka pada tahun ini Mad & Rissa mengambil inisiatif untuk lebih produktif dalam menghasil karya-karya baharu. Tidak berjanji juga tidak berdusta.

Tanggal 20 Mac 2020, pada Jumaat, Mad & Rissa bmerilis sebuah single bertajuk “Normatif”. Normatif yang bermaksud “berpegang teguh pada norma” ini sedikit terkait bait lirik dalam cerita lagu ini dimana norma seseorang itu apabila berada dalam apa jua posisi atau situasi liku-liku kehidupan yang dilalui di muka bumi ini, sudah pasti tindakannya yang semua sosok tahu hanya pada yang SATU sahaja harapan mereka, iaitu Tuhan. Selain itu ianya juga boleh terkait dengan apabila manusia itu menerima musibah maka sudah menjadi norma untuk mereka terus berdoa atau berusaha keluar dari kongkongan musibah itu. Namun bagi pengkarya, ianya terpulang pada penerimaan individu untuk memahami dengan cara tersendiri kerna dengan kepelbagaian ideologi yang varieti pasti semua ada fahaman tersendiri. Jika ianya kena pada jiwa pada ketika sedang diperdengarkan maka maksud lagu ini sudah sampai ke dalam jiwa-jiwa kalian.



Lagu yang dirakam secara raw di rumah dan telah diadun bunyi serta mastering oleh Wanjah Ali ini hanya berdurasi 3:17 dan juga boleh diklafikasikan ber-nuansa folk-rock sebagai genre tunggangannya atau mana-mana yang kalian merasakan seangkatan dengannya. Buat masa ini lagu ini hanya akan dirilis di platfom digital seperti youtube dan juga soundcloud rasmi Mad & Rissa namun tidak berada di spotify mahupun platfom digital lain kerana pengkarya punya keraguan tertentu untuk meletakkannya disana.

Comments