MENGENALI BUNYIAN ADVENTS


Advents diasaskan berdasarkan perbualan antara dua rakan; Eimann dan Shawin di WhatsApp kira-kira masa Januari 2017. Ia adalah dalam usaha  untuk mencari ahli yang mungkin berminat dan bersemangat untuk melakukan persembahan di sekolah yang sering diadakan sebelum ini. Oleh itu, Eimann rekrut Nadree, bassist semasa kumpulan di mana beliau turut mencadangkan sepupunya, peminat jazz, untuk bermain dram.

Beberapa bulan kemudian, dan pada akhir 2017, band ini secara rasmi bersetuju untuk bertemu di sebuah studio untuk latihan band buat pertama kali. Pertemuan ini juga mengejutkan kerana keserasian mulai dirasai terutama dari sudut muzikal. Hasilnya, dari keserasian yang mulai membentuk, Advents merilis single pertama mereka bertajuk 'Television Dream'


Sebagai info, nama Advents diambil bersempena dengan 'The Advent' - sebuah studio dimana mereka bertemu buat pertama kali dan hingga kini, Advents sudah pun mengeluarkan beberapa lagu lain seperti 'Bad Sense Of Time' dan  'Slow Dance'. Advents yang dipengaruhi bunyian 80an ini bakal merilis sebuah EP pada tahun ini yang bertajuk 'Clueless and Immature' yang dijangka dirilis pada Mac 2020. Mengenai genre pula, Advents lebih terbuka dan tidak tersekat pada satu genre sahaja. Dari segala hal, Advents terlebih dahulu bakal merilis muzik video single pertama mereka 'Television Dream'



Lagu-lagu Advents boleh didengari di platform digital seperti Youtube dan Spotify yang sudah pun didengari 15.7 kali dari 75 negara pada tahun 2019. Advents juga boleh diikuti di semua platform sosial media atas nama Advents untuk mengetahui gig dan perkembangan semasa kugiran dari Kuala Lumpur ini.




Comments