KUGIRAN INDIE-POP DARI SAMARAHAN, VICEROYZ RILIS SINGLE 'GADIS ITU'


Samarahan indie-pop, Viceroyz merilis single perdana bertajuk Gadis Itu yang turut dimuatkan dalam EP pertama mereka nanti. "Lagu ini mudah, penceritaannya juga ringkas. Mengisahkan tentang cinta seorang lelaki terhadap wanita namun konflik diduakan atau dipermainkan antara 'permainan' yang cuba ditunjukkan dalam lagu ini. Seringkas itu pengisiannya." Jelas Will sambil berseloroh "Lagu ini  adalah kisah benar dari penulis lagu ini"

Dianggotai oleh anggotai oleh Nick(vokal dan gitar) Mike (gitar) Will (bass) Andrie (Dram) dan Denil (Synth/keyboard) kugiran yang dipengaruhi bunyian Sunset Rollercoaster, Wp.Shh dan Pastel Lite ini bermatlamat mahu merancakkan lagi skena muzik bawah tanah di Sarawak. 


Sebagai info, Viceroyz beraksi buat pertama kali adalah ketika gig Slomo Party yang menampilkan Margasatwa, kugiran psikedelik dari Kuala Lumpur. Turut beraksi di Slomo Party pada malam tersebut adalah Inspired The Bee, Null dan Sang Rawi. 

Comments