ALTERNATIF SYNTH POP DUO, AVERY FOS RILIS SINGLE 'CHILD', MENGVISUALISASIKAN RUANG KEDEWASAAN



Teks: Zhafirin
Foto: Avery Fos


Alternatif Synth Pop Duo dari Borneo, Avery Fos, yang dianggotai oleh Elisha dan Phoebe sebelum ini sempat merilis self-titled EP pada 2017 dan pada tahun 2018 yang lalu, Avery Fos tercalon untuk SKOWT VIMA Best New Act dan VIMA Genre Bender Song Of The Year, kini melancarkan single terbaru bertajuk 'Child' pada 7 januari 2020.

Single 'Child' adalah sebuah lagu mengenai kehidupan orang dewasa, dilihat dari mata suci kanak-kanak yang masih bermain diruang kedewasaan. Melalui lagu ini, identiti Avery Fos begitu dekat dengan pengaruh muzik mereka iaitu RKCB dan M83 ditambah vokal menyenangkan dan synth melodik yang mudah menangkap telinga pendengar. 


Semasa proses menyiapkan 'Child', Avery Fos memutuskan untuk bekerja dengan ilustrator Sabahan, Fish Dayuu untuk mencipta karya seni untuk trek tersebut. Avery Fos juga bekerjasama dengan videografer Al Hanafi J. dan Tiru Creative untuk menghasilkan video muzik untuk single ini, bertujuan untuk menangkap intipati lagu tersebut serta memberikannya sebagai representasi visual melalui seni visual.

Avery Fos yang membawa maksud 'Light' dalam bahasa Yunani ini, juga aktif menghasilkan soundtrack untuk beberapa filem pendek independent lokal dan dokumentari selain mahu terus aktif di  ranah permusikan tanah air dengan menyentuh jiwa pendengar melalui karya-karya mereka hasilkan. Perjalanan muzik Avery Fos boleh diikuti di sosial media atas nama Averyfosmusic di Instagram, dan fairylightsmusic dilaman Facebook. 

Single 'Child' kini boleh didengarkan di platform digital Spotify dan Youtube.



Comments