TIM LIM RILIS SINGLE TERBARU BERTAJUK "FOREVER"






Penampilannya mungkin biasa dari pandangan pertama, tetapi sebahagian umum mengenali beliau sebagai seorang daripada wajah industri muzik indie tanahair. Ini adalah perjalanan muzik Timothy Lim, juga dikenali sebagai Tim Lim. 

Album pertamanya This Road telah dikeluarkan pada 9 September 2009, menampilkan lagu-lagu seperti "This Road","Lost In Love"dan"The One". Ia satu projek yang dibiayai sepenuhnya oleh sendiri dan telah direkodkan di Kota Kinabalu dengan bantuan penyanyi dan juga penulis lagu Jonathan Tse dari Macam-Macam Music.

Dalam meneruskan momentum dan berharap muzik akan terus menjangkau lebih banyak orang, Tim terus bekerja dengan Jonathan Tse untuk susulan album. Pada 21 Julai 2012, The Day After dilancarkan yang menampilkan lagu seperti “Today”, “Compass” and “The Day After Tomorrow”

EP Make Me Feel telah dirilis pada tahun 2014 yang memuatkan beberapa lagu seperti "Tonight" dan "Make Me Feel" menjadi sebahagian perjalanan muzik Tim Lim.

Pada awal 2019, Tim Lim telah meriliskan dua single iaitu "More Than This" dan terbaru single bertajuk "Forever" 



Lagu-lagu Tim Lim sentiasa bertujuan untuk menjangkau orang-orang dengan tema yang mencerminkan keputusan yang kita buat dalam kehidupan dan cabaran yang kita hadapi kerana ia boleh menjadi pengalaman pembelajaran di mana kita dapat melihat kekuatan dan kelemahan kita selagi kita mempunyai semangat belajar yang mendorong kita semua.

Perjalanan ini juga menyaksikan Tim Lim membuat persembahan di pelbagai tempat seperti Open Mic Malaysia, Kim Haus, Playspace, Bee dan banyak lagi.


Karya Tim Lim boleh didengari di:

Spotify : https://spoti.fi/2IIQe4h
FB : www.facebook.com/timlimproject
Youtube : www.youtube.com/timlimproject
Soundcloud : https://soundcloud.com/timlimproject

Comments