EP UNPRETENTIOUS: RAW SIBU POP-ALT OLEH ZARKONI




Teks: Zhafirin
Foto: Zarkoni


Vokalis The Japs, Zarkoni merilis EP Unpretentious untuk projek solo beliau. Memuatkan empat buah lagu dalam EP tersebut, antaranya This Feeling, Pagi Yang Cerah, Show Me The Way dan Fall Apart. Menurut Zarkoni, disebabkan The Japs dalam fasa-hiatus, EP Unpretentious adalah sebuah projek yang tanpa dirancang sejak awal lagi. "Aku korek simpanan lagu dan ciptakan lagu yang aku boleh main all by myself. Mun nak tunggu bandmates, memang sik siap la sebab masing-masing busy dengan komitmen masing-masing."

Mendengar trek pertama, This Feeling, ia membawa nuansa pop era 70an yang disulam dengan  lirik yang ringkas. Sepertimana ketika bersama The Japs, Zarkoni seakan gemar bunyian yang raw, membiarkan pendengar merasa nuansa tersebut dan bunyian tersebut akan mendatangkan visualisasi dalam kepala pendengar."Aku bad lead and main bass" Seloroh Zarkoni. "So, let it be, lah."



Jelas  dipengaruhi oleh John Lennon & Plastic Ono Band selain Bob Dylan, Zarkoni mengatakan pengaruh muzik beliau adalah The Strollers dan juga Lobo. Menghasilkan komposisi sepenuhnya untuk EP Pretentious, Zarkoni juga lebih bereksperimen, ia diterjemahkan melalui dengan sebuah lagu bahasa melayu, Pagi Yang Cerah. Lagu tersebut adalah representatif yang biasa kita alami, ianya juga dijahit dengan vokal melankolik Zarkoni dan konsekuensi lirikal yang mudah difahami. "Jadi, masih kedak cuba jaya juaklah dalam menghasilkan lagu Melayu sebab aku sik berapa mahir. 3rd song aku try vibe blues dan lagu Fall Apart lebih kepada balada. Kelainannya adalah ada penambahan piano. Aku sik bermain dengan konsep, asalkan aku boleh bermain dengan dirikpun sebab bersama The Japs, aku berik demo vokal dan rhythm jak, bandmates aku bebas dengan kreativiti masing-masing."

Keseluruhan, EP Pretentious adalah bunyian raw sibu pop-alternatif tanpa ambisi metafora yang mendalam, petikan gitar repetitif yang menjadi sebahagian dalam setiap karya Zarkoni. EP seadanya ini menjadi tambahnilai dalam karya personal Zarkoni dan seakan B-Side bersama The Japs.

Jika berminat mendapatkan EP Pretentious oleh Zarkoni, boleh hubungi beliau di Facebook atas nama Mohammad Zarkoni Mohd Jalil atau melalui whatsapp 0138682011.

Comments

Post a comment