ALIEN LIPSTICK FIRE: EKSISTENSIAL MUZIK ALIEN LIPSTICK FIRE





Alien Lipstick Fire seperti sebuah kugiran maha-misterius yang diketemui dalam lelah yang panjang. Ketika pertama kali mendengar lagu-lagu mereka, ia membawa kita sebuah perjalanan yang jauh seolah membiarkan kita terus mendengar lagu-lagu mereka berulang kali. Misterius itu membuatkan kita terus meneroka sisi muzikal Alien Lipstick Fire. Alien Lipstick Fire adalah eksistensial diantara ruang bumi dan planet mars. Mereka memaksa kita terbang dan membiarkan saja sebegitu.

Sejak zaman sekolah menengah lagi, James, Malcolm dan Benjamin telah main muzik, di mana mereka menubuh sebuah band projek sebagai hobi. Selepas menghabiskan persekolahan mereka di Kota Kinabalu, mereka bertiga meneruskan pengajian mereka di Kuala Lumpur, yang pada masa itu, James dan Malcolm masih lagi bertemu dan sering jamming bersama. Cadangan penubuhan band Alien Lipstick Fire bermula dengan James, dimana beliau, pada masa lapang, mengeluarkan beberapa riff guitar. Kebanyakan dari riff-riff tersebut mendapat inspirasinya dari band-band kegemaran beliau pada masa itu. Oleh itu, dengan kerjasama beliau dan Malcolm, mereka menyusun-atur riff-riff tersebut menjadi lagu penuh. Tak lama selepas itu, mereka join sebuah band, dimana mereka berjumpa dengan Hazim, yang tidak lama kemudian, bersama ALF menjadi drummer. Selepas menyertai beberapa gig tanpa pemain bass, mereka panggil rakan mereka Benjamin, yang sedang belajar di KL, untuk menjadi pemain bass mereka untuk beberapa show. Akhirnya, Benjamin pun kekal bersama ALF sehingga ke hari ini. 

Idea dan maksud nama Alien Lipstick Fire datang dari sebuah rancangan TV yang bernama @Midnight di saluran Comedy Central. Seorang pelawak, Doug Benson, ditanya oleh pengacara untuk menerangkan maksud kombinasi emoji yang dipaparkan di skrin. Beliau, dengan spontannya menyatakan bahawa maksud emoji tersebut merupakan sebuah band “indie”. Dari situlah mereka dapat nama band ALF.

Alien Lipstick Fire mendapat inspirasi terutamanya dari sebuah band yang bernama Bombay Bicycle Club. James merupakan peminat setia band tersebut, dimana beliau akan dengar muzik mereka tanpa henti. Beliau ingin mengikuti jejak langkah mereka dalam beberapa aspek sambil, pada masa yang sama, mengumpul beberapa idea dari band-band kegemaran beliau yang lain. James terutamanya, amat kagum dengan stail komposisi dan lirik Bombay Bicycle Club.


Bercerita mengenai single Simple City, ia merupakan sebuah lagu tentang komunikasi (juga merupakan tema keseluruhan EP Different Days), dimana betapa senangnya seseorang itu boleh salah
faham atau disalahfahamkan orang lain. Ia juga menceritakan tentang betapa mudahnya untuk menyelesaikan sesuatu perkara itu jika digunakan dengan bentuk komunikasi yang betul.


"Sejak merilis MV pertama, Simple City baru-baru ini, dalam pemerhatian kami, pengikut kami telah meningkat. Selain dari itu, kebanyakan lagu-lagu kami juga dapat masuk dalam playlist Spotify, dimana ia juga memberi impak besar kepada capaian pengikut kami. Ini semua takkan berlaku tanpa pertolongan dari label kami, Breaking Music.  Dalam konteks kuantiti, ia masih berkembang sedikit demi sedikit. Dalam konteks kualiti pula, boleh dikatakan yang sokongan dan dorongan yang kami dapat dari para pendengar memang hebat! 

Sebenarnya kami masih lagi sibuk bekerja dalam studio, untuk beberapa trek baru. Salah satu daripada trek tersebut yang berjudul 'Powerlines' akan dikeluarkan pada 8 November ini! (Ketika artikel ini dirilis, single 'Powerlines' sudahpun dirilis) Kami juga akan mengeluarkan lagi satu trek pada awal tahun depan. Kami akan mula sibukkan diri lagi di studio selepas itu, untuk beberapa buah lagu lagi, dan kami berharap untuk mengeluarkan lagi satu EP pada pertengahan tahun 2020. Kalau semua berjalan dengan lancar setakat itu, kami mungkin bercadang untuk mengeluarkan MV baru, mana tau?"


Alien Lipstick Fire boleh diikuti di media sosial atas nama Alien Lipstick Fire dan lagu-lagu mereka boleh didengarkan di platform digital seperti Spotify selain boleh dapatkan rilisan fizikal EP Different Days.

Comments