ALTERNATIF POP ROSELITHE



Roselithe adalah sebuah band alternatif pop dari Kuala Lumpur yang dianggotai oleh Luq (vokal) Afiq (gitar) Najmi (dram) Ahmad (bass) dan Nawi (keyboard). Setiap personal Roselithe sudahpun berkarya bersama band masing-masing ketika mereka masih menuntut di universiti sebelum mereka menubuhkan Roselithe pada tahun 2017.

Pada januari 2019, Roselithe merilis single State Of Mind selain dua demo bertajuk Ocean's Lullaby dan All We Need.


Terkini, Roselithe baru saja selesai dari sesi-rakaman bersama JD Wong dari Pop Shuvit yang secara personal memilih Roselithe untuk mengikuti Direct Access Music Production Workshop. Untuk mengetahui perkembangan semasa Roselithe boleh ikuti mereka di sosial media dan klik pautan https://roselithemy.wixsite.com/roselithemy untuk mendengar karya-karya dari Roselithe.

Comments