ILHAM (PITAHATI) : DARI MINDA SA-ORANG ILHAM

Teks: Ilham
Foto: Instagram Iham dan Pitahati

Ilham adalah vokalis Pitahati yang ditubuhkan pada awal 2011. Pitahati terdiri dari Zahar, Yasin, Masrin, Hidayat dan Ilham.  muzik mereka disifatkan sebagai Nusantara baru disebalik pengaruh muzik dari Search, OAG, Pink Floyd, Radiohead dan Iwan Fals selain ilham lirikal dari puisi A. Samad Said dan Pramoedya Ananta Toer selain lirik yang ditulis oleh Allahyarham Loloq. Pitahati yang menggelarkan sendiri jenama muzik mereka sebagai "rock Nusantara avant garde" juga berasaskan pendekatan tiga-gitar, disalutkan dengan elemen-elemen terkini seperti sekuens dan juga sentuhan sintesiser

Pitahati sudah meriliskan dua album iaitu Fonetik Anak Candal (2014) dan Selamat Datang ke Panggung Suara ( 2016) selain EP Bintang Biru Kristal Salju (2011) dan terkini meriliskan single terbaru yang menjadi lagu tema siri Jibril, Naraka. 

Melalui interviu ringkas ini, Ilham menjawab beberapa persoalan mengenai hal sekitarnya dan juga muzik. Disoal mengenai persepsi Ilham mengenai lirik dalam lagu Naraka "Kedamaian hampir urat nadimu, namun engkau memilih menjadi musuh nyata"

"Pada pandangan saya, tidak ada kedamaian yang sebenar di dunia ini. Yang ada hanyalah ilusi sebuah kedamaian. Banyak yang kelihatan elok di luar tapi sebaliknya busuk di dalam. Tak ada yang mahu melihat atau mencari kedamaian yang dekat dengan urat nadi tu tapi memilih benda benda lain untuk menggembirakan mereka (contoh wang, harta, seks dll) yang bersifat sementara.

Lagu Naraka ni adalah satu lagu yang asalnya dihasilkan untuk filem One Two Jaga namun tidak terpilih kerana tidak sesuai. Tapi kemudiannya digunakan untuk menjadi lagu tema siri tv Jibril. Prosesnya agak biasa kerana melodinya sudah ada. Kami hanya perlu mencari bunyian yang sesuai dengan rasa dan visual Jibril."

PITAHATI

"Orang kita sering suka mengomel dan menyalah-nyalahkan tentang hal hal yang berada di luar dari diri kita tapi lupa untuk melihat pada diri sendiri sedangkan yang perlu berubah adalah kita, yang perlu menjadi lebih baik adalah kita bukan orang lain. Tentang tweet saya tu adalah tentang keadaan musik Malaysia sekarang yang hanya sekadar mengikut trend. Mengapa tidak mahu menjadi pelopor kepada trend dan sebarkan identiti budaya kita? Sebaliknya cuma mengikut. Umpama burung kakak tua." Kata Ilham mengenai responnya terhadap tweet "Revolusi bermula dari diri sendiri" dan "Orang kita masih bermentaliti pengikut, sedangkan sudah tiba masanya bermentaliti pelopor." 

"Jujurnya. Saya tidak mengharapkan apa apa. Saya tidak boleh mengubah mentaliti kepala kepala industri yang dah selesa di atas itu. Mereka sudah rasa mereka terhebat. Jadi yang penting saya perkuatkan diri sendiri dan dengan izin Tuhan sahabat sahabat di sekeliling saya yang sedang berjuang bersama saya."

Selepas mengeluarkan single Naraka, ditanya mengenai projek terbaru Pitahati, Ilham hanya menjawab ianya rahsia. "Biar ada keterujaan dalam hidup ini." Tambah Ilham. 



Comments

  1. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
    banyak kejutan menanti para temen sekalian
    cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    F4ns Bett1ng

    "JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM

    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^

    ReplyDelete

Post a comment