FACULTY OF JOY: "KITORANG RASA MALAYSIA MASIH AMAN SEJAHTERA DAN SELESA KECUALI....."



PROFIL, OVERDRIVE DAN PROSES KREATIF

FOJ atau Faculty of Joy adalah Ziq (Vokal dan gitar), Sharul (Gitar), Kimi (Gitar), Jimbo (Bass), Mami (Drum) dan Jimmy (Keyboard) yang bersepakat untuk bermain muzik Rock. FOJ mula aktif bermain gig pada penghujung tahun 2017 sehinggalah sekarang. Kalau antarabangsa, pengaruh kami adalah band-band rock seperti BRMC, Mando Diao, Franz Ferdinand. Kalau local act, selalu orang cakap muzik kitorang macam “old bittersweet”, tapi jangan risau FOJ ori, bukan copy ori.

"Overdrive merupakan track yang special bagi kitorang. Sharul pernah cakap dekat aku" Menurut Ziq, “Aku rasa Overdrive ni macam anthem untuk FOJ”. 

"Dan dari sudut aku pulak, aku dapat rasa lagu ni boleh push aku untuk percaya dengan diri sendiri, buat apa yang aku nak walaupun kita tau akan ada halangan dekat depan tapi just ignore and do it sampai kau puas. So, memang kitorang harap pendengar dapat feel tu dan just let go everything and running wild on whatever you do in your life. Keep pushing guys!

Root untuk lagu Overdrive ni memang daripada Sharul sebagai pencipta lagu dan penulis lirik dalam band. Dia memang passionate dalam menggubah. Lagu ni antara lagu yang mengambil masa yang agak lama untuk disempurnakan menjadi single. Jadi, asasnya dari Sharul dan dikembangkan lagi dengan kreativiti setiap individu dalam band dan Co Producer untuk projek kali ini iaitu Khairul S. FOJ sangat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan pemuzik seperti Khai yang banyak membantu dan memberikan pandangan dan nasihat yang sangat bernas buat kitorang."


 VISI MUZIK FACULTY OF JOY

"FOJ akan terus berkarya sebab kitorang rasa kitorang baru sahaja bermula dan banyak lagi yang akan kitorang hadapi. Buat masa sekarang aim kitorang adalah untuk produce muzik yang boleh tackle pendengar aliran alternatif supaya mereka sedar kewujudan FOJ dalam arena muzik tempatan kerana tanpa pendengar, pemuzik takkan kemana-mana. Pada masa hadapan pula kitorang harap muzik FOJ dapat tembus di aliranmainstream Malaysia dan tembus pasaran Asia pun dah sempoi. Fuhh."

"Sekarang kitorang tengah dalam proses menyiapkan music video yang pertama untuk single Overdrive yang akan muncul mungkin pada penghujung tahun. Semoga korang dapat bersabar, setiap kesabaran korang akan dibalas dengan hasil-hasil yang lebih berkualiti dari kami. Jadi, terima kasih untuk support yang korang bagi. Untuk pengetahuan juga, FOJ juga sedang dalam proses rakaman debut album di Iseekmusic Studio yang dikendalikan oleh Mokhtar. Kali ini, FOJ bekerjasama denga Khairul S. sebagai co-producer. Korang kena tunggu dan sama-sama rasa hasilnya tak lama lagi."



"Kitorang rasa Malaysia masih aman sejahtera dan selesa kecuali politik tapi kitorang tak suka nak kupas pasal benda tu. Nothing much to say. Isu semasa untuk scene muzik Malaysia ialah kitorang harap pendengar teruskan menyokong local act supaya lebih banyak karya-karya yang bagus tercipta untuk pendengar semua. Macam orang selalu cakap, tanpa pendengar siapalah pemuzik itu. Akhir kata, terus rock!"

Comments

Post a Comment