DUBAI TAX FARE: INDIE-JAZZ DARI DAMANSARA



Foto: Dubai Tax Fare


"Dubai Tax Fare? kami dapat dari term DTF. Tu je boleh sebut, kalau tahu, tahu la." Jelas salah seorang wakil Dubai Tax Fare, Nisha Anggun yang mengisi posisi vokal dan gitar. Dubai Tax Fare adalah sebuah kugiran dari Damansara, yang ditubuhkan pada 2016. Selain Nisha Anggun, Dubai Tax Fare turut dianggotai oleh  Aziq Adam, Alyff Elman dan Tuah Zayan. 

Aku berkenalan dengan bunyian dan karya Dubai Tax Fare hanya melalui instagram dan mendengar pra-dengar single perdana mereka yang bertajuk Blue. Usai aku bernostalgia dengan jazz-Vira Talisa, pop Lunadira dan city-pop Whisper Summer, Dubai Tax Fare adalah taruhan seterusnya, ternyata di Damansara, ada menghidangkan muzik yang menarik dan menyenangkan telinga. 

"Genre kami indie and some jazz. Pengaruh muzik kami banyak dari Boy Pablo, The Last Shadow Puppets, OAG dan The 1975. Secara general sebagai sebuah kugiran, Dubai Tax Fare, kami dipengaruhi dari album-album Soy Pablo (Boy Pablo) Yumeno Garden (The Last Dinosaurs) and The 1975 Self Titled Album."

"Mengenai single kami yang bertajuk ‘Blue’ kami memang plan untuk terus menghasilkan lagu lagu yang baru dalam genre yang sama tapi kami juga ada plan nak cuba genre lain tapi tak berapa lari dari genre indie kami tu lah."


Soal mengenai proses kreatif Nisha Anggun mengatakan lagu mereka adalah hasil kerjasama dari semua ahli. " Kami cuba brainstorm melodies sendiri dulu pastu share with each other then bila jumpa kami cuba expand lagi dari idea yang dapat tu. yang tulis lirik saya sendirilah. Idea nak tulis lirik tu tak boleh paksa, sometimes idea datang je and kena tulis cepat cepat sebelum lupa. Overall lagu kita work together on it and dari segi production kami dapat banyak pertolongan dari kawan  kami, Adrian Danial, salah seorang member Midnight Fusic."

"Next project? Next project DTF adalah second single kami yang kami masih berusaha nak buat more progress. Gig pula, masih tiada dalam masa terdekat sebab buat masa sekarang, kami semua belajar di negeri yang berbeza." 

Dubai Tax Fare boleh diikuti di sosial media atas nama Dubai Tax Fare untuk mengetahui kemaskini aktiviti muzik Dubai Tax Fare dan Lagu Indie-Jazz Damansara ini boleh di dengari melalui saluran youtube.

Comments

  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  2. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
    banyak kejutan menanti para temen sekalian
    cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    F4ns Bett1ng

    "JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM

    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^

    ReplyDelete

Post a Comment