AYAM HITAM: PROFIL AYAM HITAM, SIMFONI DAN DEPRESI



Kugiran Ayam Hitam mempertaruhkan sebuah single terbaru dengan membawa mesej membangkitkan semangat mereka yang sedang berada didalam depresi.

Seperti kita semua tahu, depresi bukan satu penyakit mental yang boleh dipandang enteng. Ayam Hitam keluar dengan single lagu baru untuk memberi semangat dari segi lirik dan susunan lagu baru agar setiap dari mereka yang sedang mengalami masalah kemurungan mahupun mereka yang tidak mengalaminya mendapat semangat dan belajar menghormati keadaan mereka yang sedang hidup dalam kekangan depresi.

Menghargai peranan, persekitaran sekeliling adalah tanggungjawab masyarakat semua. Oleh itu marilahlah kita semua sama-sama belajar mulai hari ini dengan sebuah sifat yang mujarab kepada mereka yang hidupnya sedang dilanda badai keperitan hidup dengan “Respect”. Semoga single terbaru ini dapat memberi impak positif kepada masyarakat dan anak muda yang sedang mencari jalan hidup mereka khususnya.

 SEJARAH AYAM HITAM

Ayam Hitam adalah sebuah kugiran yang ditubuhkan pada Februari 2016 di Kuala Lumpur. Lebih tiga tahun bermain dilapangan muzik alternatif dengan lagu-lagu yang membawa mesej sosial, keamanan, anti perang dan DIY (Do it Yourself).

Tanpa berbekalkan pengalaman di atas pentas dan teknik muzik yang kukuh, Ayam Hitam berjuang meneruskan karya seni untuk menyampaikan mesej-mesej melalui lirik-lirik dan rentak muzik punk rock yang bersemangat, dalam masa yang sama belajar dengan mereka yang lebih arif tentang muzik dan instrument.

Ditubuhkan oleh tiga orang anak muda iaitu Ocha (Vox/guitar), Mat Ghandi (Guitar) dan Epul Kojack (Drum). Gandingan kugiran trio ini hanya bertahan beberapa bulan dimana akhirnya konsep muzik tanpa bunyian gitar bass ini mendapat kekangan dalam kebanyakkan usaha pembikinan dan susunan lagu-lagu baru, yang mana akhirnya Ayam Hitam mendapatkan khidmat bassist rasmi iaitu Chex Kaaos (sekarang menubuhkan Band Zycrust), Kemudian pernanan bass diambil alih oleh Redo apabila Chex keluar untuk menubuhkan kugiran lain. Redo juga telah mengambil inisiatif pulang ke Johor untuk menguruskan hal peribadinya dan peranan bassist hari ini digalas oleh Oli (Ex-ABC Youth).

Dalam masa yang sama juga, Drummer asal iaitu Epul Kojack terpaksa berpindah ke Pulau Pinang selepas beberapa bulan Ayam Hitam ditubuhkan, dan Ayam Hitam memakai khidmat drummer kenalan lama iaitu Manan yang bermain sehingga kini, juga menambah dua orang ahli baru sebagai vokalis kedua pada tahun 2017, Aisy dan 2018 gitar utama diberi peranan kepada Ewe.

Kini, Ayam Hitam melangkah satu lagi anak tangga dalam pembikinan muzik mereka jika dibandingkan dengan sebelumnya. Ahli Ayam Hitam terkini berperanan dan bertanggungjawab dalam pembikinan lagu-lagu baru ketika ini;

Ocha – Vocalist

Aisy – 2nd Vocalist

Ewe – 1st Guitar

Mat Ghandi – (Ryhtm Guitar)

Bass – Oli

Manan – Drummer

Genre: Punk Rock/Rock Alternatif/Post Punk



 LIRIK:

SIMFONI:



Izinkan, ku meluka

Hati yang telah cedera

Dibawah tirai tirani

Mereka yang berani



Celiklah, temanku

Kita perlu menyatu

Tiada, rahsia (double vox)

Simfonim alam berwarna



chorus:

Menyanyilah, kibarkan,

Bendera kemegahan

Kuasa suara kita

Dengan satu tenaga





Comments

  1. ayo daftarkan diri anda di 4g3n365*c0m :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  2. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
    banyak kejutan menanti para temen sekalian
    cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    F4ns Bett1ng

    "JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM

    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^

    ReplyDelete

Post a Comment