PAKYA: DOKUMENTASI ROCK N' ROLL MELALUI FOTOGRAFI

FOTO: PAKYA
TEKS DAN INTERVIU: AKIBATPERGAULANORANGMARS DAN PAKYA



Melalui sebuah interviu, Jill Furmanovsky mengatakan "muzik bukan sekadar bunyian." Berpindah ke kora London yang didefinisikan oleh Jill Furmanovsky sebagai 'Rock n'Roll capital' dan tempat kelahiran punk, dimana muzik rock 60an ketika itu naif dan profesional, setelah itu ia terus berkembang dan semakin kreatif sebelum era 70an mengambil alih dimana pergerakan punk agak perlahan, demi perubahan menjadi lebih baik. Dengan foto-foto Pink Floyd di lensa Jill Furmanovsky menjadi pintu masuk kepada dunia rock n'roll dan seterusnya, terus menerus aktif menangkap gambar ikonik Bob Dylan, Ramones, Bob Marley dan Oasis. 

Lupakan Jill Furmanovsky dan nama-nama lain yang ada dalam kepala anda. Ammar Idris atau lebih dikenali sebagai Pakya adalah seorang jurufoto, memotret bunyian bingit rock n'roll. "Aku ni memang dari dulu suka pi gig tak kisahlah apa genre sekalipun sebab memang minat aku terhadap muzik. Aku akan habiskan duit aku untuk belikan album atau merchandise, buku yang berkaitan muzik, lagi-lagi kalau rilisan lokal sehinggakan aku beli makanan murah asalkan dapat beli rilisan album."

Bercerita mengenai perkenalan awal dengan fotografi atau lebih tepat stage photography, Pakya mengatakan buku Sedekad Rock N Roll membuatkan beliau jatuh hati dengan fotografi.  "Event Sedekad Rock n' Roll yang mengubah aku seratus peratus untuk jadikan fotografi sebagai satu hal yang serius dan jadikan fotografi sebagai medium. Sebelum ni aku aku pergi gig dengan tangan kosong, tapi lepas Ahmad Cipoi perkenalkan aku dengan dunia fotografi, setiap kali gig aku akan bawa film camera untuk aku shoot. Sebab aku gunakan film camera sebab aku tak mampu nak beli kamera digital dan sehingga sekarang aku masih belum mampu memiliki kamera digital. Aku pinjam kamera digital kawan aku sekiranya memang memerlukan kamera digital. Aku masih ingat empat gig terawal aku shoot, end up zero image, kimak betul! hahaha! aku belajar semula apa yang silap dan selebihnya adalah sejarah." Dua hasil kerja Pakya mengenai muzik dan fotografi pernah dipamerkan di State Museum di Penang dan terbaru di pameran Peculiar Way di galeri ASWARA.


"Tujuan aku buat stage photography pada mulanya, adalah untuk simpanan peribadi tetapi selepas aku banyak baca tentang fotografi, muzik dan dokumentasi, aku nampak semua ini amat penting dalam komuniti kita. Kita sangat kurang mendokumentasi mengenai muzik lokal kita sehinggakan kita perlu cari tuan punya badan untuk dapatkan foto lama, itu pun kalau ada dalam simpanan. So, aku buat benda ni untuk tujuan rujukan dan arkib untuk generasi seterusnya if depa nak dig in into our local scene."

"Etika stage photography bagi aku similar to rational thinking, jangan terlalu nak into photography sehinggakan tak ingat orang sekeliling." Anton Ismael, jurufoto dari Indonesia yang sering mendokumentasikan muzik melalui fotografi pernah berpendapat bahawa adalah penting mengenal karaekter band atau muzik yang dipersembahkan kerana hal itu membuatkan ia lebih intim. Fotografi jenis ini lebih sekadar teknik membidik suatu objek. "Elemen fotografi ni sejujurnya aku still belajar lagi tapi pada mulanya, aku cuma ikutkan gerak hati dan tak fikirkan sangat nak shoot gempak. Kalau kau dah selesa dengan sekeliling, kita akan shoot apa yang kita nak hasil yang diperlukan selain pentingnya lighting, angle selain karakter muzik itu sendiri. Kalau rajin belajarlah dari photographer yang lain dan berkongsi ilmu. "



"Bagi aku muzik sesuatu yang penting dalam kehidupan kita, apa jenis bunyian, ianya tetap muzik. Aku banyak layan muzik, tak kira genre, dari situ aku juga belajar critical thinking, kenapa dan mengapa muzik dibikin seperti ini. Aku akan study background muzik tu. Muzik juga buat aku lebih terbuka terima keadaan sekeliling sepertimana penerimaan aku terhadap muzik. Aku boleh jamin kalau dari dulu tak layan muzik mungkin aku akan menjadi seorang yang tipikal. Fotografi adalah satu bentuk apresiasi yang kita nak kekalkan dalam bentuk visual selain melalui fotografi juga, kita diajar untuk mencipta visual yang menarik dan mungkin juga tidak menarik untuk menyampaikan mesej, cerita yang kita sampaikan melalui visual yang membangkitkan emosi." Jelas Pakya.

Comments

  1. menang berapapun di bayar
    ayo segera bergabung bersama kami di bandar365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  2. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
    banyak kejutan menanti para temen sekalian
    cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    F4ns Bett1ng

    "JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM

    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^

    ReplyDelete

Post a Comment