JACK MALIK: SAJAK, MASAKAN DAN WANNABE SASAU




Interviu kali ini bersama Jack Malik berkisarkan topik dan soalan seperti genre, sajak, beat, muzik masakan. Jack Malik turut menceritakan pengaruh muzik dan penyajak sepanjang proses buku Wannabe Sasau disiapkan. Nama-nama seperti Pyanhabib, AGI, Beck, Chet Baker— antara 'teman' proses Wannabe Sasau.

Jack Malik adalah Artis Rabak & Jurucakap Ipoh: City of Love. Penyajak Kertas-dan-Pentas yang telah ‘jack the mic’ sejak 2015. Sajakjakjaknya adalah di dalam bahasa Melayu & bahasa Inggeris. Telah mewakili pasukan Malaysia dalam Causeway Exchange Slam (Rentap Puisi) pada tahun 2016 dan sekarang sedang menjalani Sarjana Sastera Pengajian Melayu di Universiti Malaya. Buku puisi sulungnya Wannabe Sasau diterbitkan oleh Rabak-Lit.




Teks: Jack Malik

"Sajak ada banyak genre. Sajak itu sendiri adalah genre - dikira sebagai puisi moden. Payung besar adalah puisi, terpecah kepada tradisional & moden.Mengenai sajak eksperimental, bagi aku ia sebenarnya lebih kepada eksperimentasi bahasa. penyajak tidak boleh lari dari bahasa & bahasa tidak boleh lari dari penyajak. dua-dua saling memerlukan. Aku teringat Dr. Kamal Sabran pernah memberitahu aku, eksperimentasi bukan hasil, tetapi proses. Bila kita berhenti melihat ia sebagai proses, maka sebab itu kita mungkin ada prasangka tertentu yang kurang adil terhadap apa yang difahamkan sebagai 'eksperimentasi'. 

Sajak Beat?

Pertama, sajak-sajak daripada Beat Generation; kedua, (break)beat poetry adalah sajak-sajak yang ditulis dengan semangat, ruh, kalbu, ethos, gaya, bentuk dan lain-lain oleh penyajak yang dibesarkan oleh hip-hop. Welp beat poetry ni sebenar-benarnya aku belum lagi khatam; tapi personally, aku lagi suka Gary Synder & Bob Kaufman punya poetry berbanding Kerouac & Ginsberg. Kerouac & Ginsberg stage presence deme besar. Synder & Kaufman pulak sajak-sajak deme yang besar.

Also, Beat poets ni banyaknya influence dari Jazz sebab awal 1940an hingga lewat 1950an Jazz memang flourish gila babi. Dan, penafian: aku tak banyak sangat knowledge on jazz, tapi kalau kau peminat Miles Davis, John Coltrane, Herbie Hancock, Ornette Coleman—kau akan tahu yang nama2 ni pushed Jazz ke level seterusnya. Innovators yang berani push boundaries. Mungkin, apa yang ada di dalam Jazz itu translate kepada geng-geng Kerouac, Ginsberg semua ni. They wanted to challenge not only the norms of literature, but society as well.

Aku banyangkan kalau deme ni orang Malaysia dari belah utara gamaknya deme akan cakap “oo hang kata kami tak boleh buat <masukkan apa-apa yang orang lain cakap deme tak boleh buat>; haaa hangpa tunggu sat...”

Boom keluar Howl. Boom keluar Naked Lunch. Boom keluar On The Road. Tapi diorang semua well-read jugak, bukan calang-calang.

Bagi aku, sajak-sajak beat banyak lagi ruang untuk explore—tentang gaya, ethos, semantik & lain-lain. Dan mungkin, aku pun sebenarnya dah mula slowly tak layan sangat sajak2 beat sebab jujurnya Beat Generation ni white-centric, patriarchal, dan kebanyakkannya okay saja; adalah beberapa yang best. Aku boleh amik sebanyak mana mampu, tapi aku nak something yang speaks to me as a poet yang bukan kulit putih. Tapi tak dinafikan, Beat Generation banyak influence writers selepas deme. Projek Rabak (shoutout to Mohd Jayzuan) yang introduce aku kepada Beat Generation, and kemudian bila aku venture into spoken word—banyak gila poets yang meneruskan ‘semangat’ beat tu & penulisan mereka sarat dengan reference. Ada satu sajak aku paling suka, dalam buku The Breakbeat Poets. Dia intertekskan puisi Howl & kahwinkan dengan elemen-elemen hip-hop. Sebagai seorang bekas bboy & juga peminat Beat Generation—benda ni memang aku geek out habis...jilake."

Paling best tahun lepas aku jumpa buku-buku seorang poet tahun 1970an dari Liverpool nama Roger McGough. Mula aku fikir kenapa aku suka mamat ni....sekali dia inspired daripada Beat Generation. Damn



"Persembahan pula—penyajak hanya diberikan ruang (pentas atau kertas), suara (karya-karya mereka), diri (mereka sendiri), dan penerima (penonton atau pembaca). Seorang pemuisi atau seniman akan memikirkan: ahli seni yang macam mana dia ingin jadi & sejauh mana dia mampu untuk memanipulasikan keempat-empat perkara yang aku senaraikan ini. Apakah peluang yang ada? Macam mana hubungan-hubungan antara keempat-empat perkara ini dapat dikaitkan bersama atau adakah ia bertentangan? Apa yang work & apa yang tak—untuk aku, audiens, dan seni aku?

Di sini, self-awareness penting: sesuatu yang aku masih lagi belajar & antara perkara terawal yang diajar oleh seorang mentor aku dulu.

Tak silap aku, masa aku menulis Wannabe Sasau, antara aku ingat adalah Beck, Nat King Cole, Chet Baker, dan a few more. Aku banyaknya terpengaruh dengan Hip-hop, Jazz, dan Indie-Rock. Namun, ketiga-tiga genre ini aku betul-betul settle down pasca-Wannabe. Sebelumnya aku takde strong sangat. Wannabe mostly inspired dari kepenyairan pemuisi lain seperti Pyanhabib, AGI, Salleh Ben Joned, Latiff Mohidin, dan T. Alias Taib. Namun, Wannabe aku boleh kira sebagai langkah-langkah awal aku explore lagi banyak Jazz & Indie-Rock. Hip-hop pun sedikit sebanyak explore, tetapi tak sekuat Jazz. Ketiga-tiga genre ini sama kuat aku explore selepas Wannabe  sekitar tahun 2017-2019. Daniel Johnston, Miles Davis, Neutral Milk Hotel, Herbie Hancock, John Coltrane, Azmyl Yunor, The Wonder Years, J Mascis, Tank and The Bangas, A Tribe Called Quest, Digable Planets, Kamasi Washington, Freelove, Muck dan banyak lagi nama-nama yang muncul mencorak penulisan aku pasca-Wannabe. Pra-Wannabe & Wannabe itself memang aku fokus hanya pada sastera & puisi. Tapi tulah, aku memang bukan mat gig atau mat sastera tulen jadi entry aku dalam ruang penyajakan ni merata."

"Masakan bagi aku, sesuatu yang dapat bantu aku make sense of life. Sebab, aku faham proses memasak tu barangkali. Boleh jadi, ia disebabkan sifat praktikaliti yang ada pada kemahiran memasak itu sendiri kot. Kalau tanya pasal aku tentang sajak & masakan, aku kira mesti ramai di antara kita pernah dengar "oh karya kau tak masak lagi ni". Aku perasaan dalam scene puisi selalu bangkit hal ‘masak-tak-masak’ ni. Bagi aku, sebagai tukang masak, kena ingat yang makanan ada banyak jenis. Seafood tak boleh masak terlalu lama, nanti keras. Rendang tak boleh masak cepat dan terburu-buru, nanti tak lembut dagingnya. Telur kalau kau poach lama-lama tak jadi poached egg dah: jadi hardboil namanya. Ada ingredient kalau masak hilang zat-gizi-besi apa bagai. Ada pulak yang kita ingat bagus makan mentah tapi sebenarnya lebih berkhasiat dimasak.

Sajak pun boleh dilihat macam ni. Ada sajak kena selesai. Ada kalau terlalu 'siap' rasa lemas & "macam bekas yang susah nak bukak sebab terlalu kedap udara". Ada sajak pendek saja. Ada sajak panjang tajuk daripada isi. Ada sajak kau tak siap-siap dan tinggalkan. Ada sajak 2 minit sahaja kau perlukan untuk tulis.

Benda tak mutlak beb.

Dan katakan, masakan ini banyak budaya, dan kita perlu kembali kepada budaya kita; masak lemaklah, ulam-ulamanlah, apalah. Okay saja. Bagus sebenarnya tapi jangan lupa, tak salah cross-culture. Bayangkan masak rendang tapi sous-vide. Atau masak steak tapi instead of brown sauce, guna sos masak lemak? Bagi aku, if it works—jalan terus. Grilled cheese (guna american cheese slices) sapu chocolate ganache. Aku sarankan pembaca di luar sana boleh cuba. Kalau sedap, your welcome. Kalau tak sedap, welp lain lidah lain rasa. Aku rasa, kita kena man-man dan belajar untuk lebih menerima. prinsip aku senang saja:

good is good is good is good.

Macam mana aku tahu it's good? Entah—sama ada aku akan kritikal atau benda tu akan sedap tekak aku, macam Grilled Cheese with Chocolate Ganache. Hahaha. Dan tak semestinya kena benci atau kecam kalau barai. Sama ada kau kritik, atau jalan terus buat dunno, atau nah raikan saja kalau betul kau dig it. Kita semua ada masakan & hidangan yang kita suka & gemar. Ikutkan, hampir semua orang mengaku mak diorang masak sedap. Yeke? Ye ye, je... Hahaha. Kool je. Tapi, too each thine own; thus live & let live. Aku makan Nasi Lemak, telur mata dengan kicap masin kot. Bagi orang benda tu blasphemy barangkali. Tapi mampus, takda masa aku nak 'bertaubat'. Aku pi buat chocolate-coke drink ada la. Layankan je. Mana sedap bagi kau, enjoy. Tak sedap paling-paling buat muka tak puas-hati, rant kat twitter dan move on with life. Masalah orang kita kadang-kadang terlalu bitter atau sinikal sampai tak dapat nak enjoy benda & bila berhadapan dengan benda yang mencabar status quo ‘realiti’ yang kita kenal selama ini, mengelabah. I’m guilty of this too. Harini baru aku faham yang pisang goreng cheese make sense, walaupun ia contradictory sedikit. Haa kat sini kita kena jadi kritis. Tahu what works dan apa yang tak; tapi fahamkan sometimes what doesn’t work bukanlah satu dosa.

Do yourself a favour, nanti makan burger, campur 50:50 ratio sos cili kegemaran korang bersama sos mayonis kewpie, kemudian, tuangkan satu-dua sudu budu (kalau kau suka manis sedikit) atau sos ikan/sotong ke dalam kondimen yang kau campur tadi. Gaul hingga sebati. Sapu atas burger atau roti burger—tengok pergi sos tu macam mana woohoo!

Sama macam sajak. Cuba lari dari apa kau biasa. Muzik pun. Tak suka takpe. Bukan kena paksa suka pun. Tapi dalam kita lari daripada kebiasaan itu, bukan kita lari for lari sake. Kita lari so that kita tak stale & static tanpa sebarang improvement. Kita lari so that kita tahu yang kita tak sempoi mana & ada banyak lagi benda yang sempoi kita boleh belajar. Hidup ni bukan mutlak beb. Sikit punya luas. Don’t limit ourselves. Bak kata Awie dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah “MACAM KATA BAWAH TEMPURUNG BESI!” Keluarlah dari bubble masing-masing & layankan saja hidup ini.


Comments

  1. ayo tes keberuntungan kamu di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Post a comment