INDIE POP AMIRUL YAZID



Siapa Amirul Yazid? Amirul Yazid adalah seorang singer-songwriter, bedroom musician dari bumi Klang,Selangor, yang mahu berkongsi bunyi-bunyian yang dihasilkan sendiri di dalam bilik tidur beliau. Sedikit sebanyak tentang projek musik ini, projek  ini bermula sekitar pertengahan 2018 (Jun-Julai), dan projek  ini bermula diatas keinginan Amirul Yazid untuk membikin lagu-lagu beriramakan indie-rock danjuga indie-pop untuk mengisi masa lapang dan juga untuk berkongsi karya-karya indie kering beliau dengan rakan dan juga masyarakat sekeliling yang mungkin mahu mendengar. Bermula dengan demo pertama beliau, projek ini bermula.

Demo pertama Amirul Yazid, You’re Home telah dimuatnaik ke laman Soundcloud beliau, dan  sejurus selepas itu, 2 lagi demo telah di muatnaik ke laman Sound cloud beliau. 3 demo ini telah di pra-rekodkan sebelum projek musik ini bermula. Ketiga-tiga demo ini secara majornya berbaur indie-rock dan indie pop (rujuk TheStrokes, Fazerdaze). Berbekalkan 3 demo ini, Amirul Yazid memulakan proses membikin lagu secara konsisten supaya terus dapat berkongsi karya-karya beliau bersama mereka yang mahu mendengar. Demo yang seterusnya, 3am loop, telah dimuatnaik ke laman Soundcloud Amirul Yazid. Demo ini hanyalah sebuah melody loop dan juga sebagai penanda aras kepada bunyi indie-pop yang akan mempengaruhi bunyian major dalam lagu-lagu Amirul Yazid selepas ini. Dan bermula dari situ, Amirul Yazid terus membikin demo-demo dan terus memuatnaik kesemua demo tersebut ke laman Soundcloud beliau.

Demo terbaru beliau, Here It Goes Again adalah satu pertukaran bunyi, kearah bunyian indie-pop dan mungkin akan menjadi benchmark untuk bunyian lagu-lagu Amirul Yazid untuk masa mendatang. Kesemua demo-demo Amirul Yazid boleh di dengar secara percuma dilaman Soundcloud Amirul Yazid, hanya dilaman Soundcloud, tidak ada di YouTube atau platform yang lain. Jadi,  selamat mendengar!

Comments

  1. menang berapapun di bayar
    ayo segera bergabung bersama kami di bandar365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Post a comment