VOKALIS, KONI BERCERITA PERIHAL MINIMALIS, SOUNDTRACK KEHIDUPAN THE JAPS


The Japs dianggotai oleh Koni, Nazrin, Kanda dan Walid pernah muncul dengan EP So Be It yang mengandungi lapan buah lagu antaranya All I Want is You, She's On My Mind, Rolling Thunder dan favorit citarasa personal-Anna. Melalui Koni yang juga selaku vokalis The Japs, Interviu ringkas The Japs bercerita mengenai pembentukan, genre, idea The Japs selain mengenai pengaruh muzik, konsep bunyian rock n roll The Japs adalah sesuatu yang kita harus kita ketahui kugiran dari Sibu ini.

"Aku berpindah semula ke Sibu pada tahun 2016 dan The Japs sebenarnya sebuah band tanpa sengaja terbentuk sebagai sebuah band. Berkenalan dengan dengan Rin (gitaris) melalui kawan dan jamming sekadar suka-suka. Sebelumnya, kami memang tak kenal satu sama lain mungkin sebab faktor jarak usia. Mungkin." Ujar Koni.

"Bila dah kenal ada keserasian dan aku tunjukkan  beberapa lagu dalam koleksi original composition. Jadi, bermula dari situ kami rekod satu atau dua demo dan mula mencari bassist dan pemain drum."


Menurut Koni genre The Japs tidak spesifik kepada hanya satu genre "aku definisikan sebagai rock. Minimalis, lagu yang kurang penggunaan effect. Lebih sesuai dikatakan konsep plug and play. Idea dan konsep lagu sebenarnya lebih kepada tentang kehidupan seharian; cinta dan hidup, tidak ada mesej yang terlalu berat supaya pendengar boleh kaitkan dengan kehidupan seharian yang alami. Kononnya seperti runut bunyi kehidupan, seperti lagu Little by Little." 

The Japs - Little By Little

The Japs yang dipengaruhi bunyian dari The Beatles, Bob Dylan, OAG, Kugiran A.Sazalies, Wildhorse, Huha dan Bittersweet selain penulisan lirik Kembara mengharapkan muzik The Japs dapat dikongsi dan disebarkan kepada semua pendengar muzik di Malaysia khususnya. "Selagi ada peluang untuk bermuzik bersama, dimana saja pun, kami akan persembahkan muzik kami, selagi kami ada masa lapang dan bersesuaian sebab semua ahli ada komitmen kerja hakiki dan keluarga. Tahun lepas kami sempat bermain di bandar sekitar Sarawak, Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu."





Comments

  1. ayo menangkan uang setiap harinya di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Post a comment