THE GREAT MUSANG: "THE GREAT MUSANG DIINSPIRASIKAN OLEH SARAWAK, FAHAMAN DAN PERSEKITARAN SARAWAK"



Ditubuhkan pada 2003-2004 atas nama Sir Attext yang aktif sekitar Kuching, Samarahan, Sibu selain Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. Perubahan ahli bermula sekitar 2011-2013 dan itu menjadi titik peralihan serta pembentukan The Great Musang bermula, sehingga menjadi ahli tetap. The Great Musang yang menjadikan genre Alternatif Grunge sebagai bunyian The Great Musang, sebelum ini yang pernah muncul dengan lagu-lagu seperti Tembak Sana! Moment Of Azzuri, Martabat, Morning Lisbon dan Hari Raya: Dolok, kinektok dan selamanya. 

Soal pengaruh muzik pula, pengaruh muzik The Great Musang bermula dari The Prodigy asal Braintree, England yang popular sekitar 1990 dengan lagu 'Firestarter' dan 'Breathe' yang pernah memenangi beberapa penghargaan seperti Brit Awards, Kerrang! Awards dan Grammy selain kugiran luar dan tempatan dari era 90an.
"Muzik tahun 90an, samada luar atau tempatan antara pengaruh penting buat The Great Musang selain Sarawak FM"
"Dari kecik sampeilah kinektok"

Mengenai arah tuju muzik The Great Musang "Arah dan masa depan muzik The Great Musang adalah untuk warga Sarawak. The Great Musang diinspirasikan oleh Sarawak dan lagu kebanyakkan diciptakan berdasarkan pemerhatian terhadap persekitaran dan fahaman Sarawak. Lagu inggeris sekalipun, masih ada vibes Sarawak" menurut wakil The Great Musang via Instagram.

Selain itu, perkembangan semasa The Great Musang juga mengeluarkan material terbaru seperti Perdana, From Skeleton, Pak Saox, Lebour Laour, Jangan Ka-u, Hamba Abdi dan Atmosphere. "Lagu-lagu baru dalam proses disiapkan dan kebanyakkannya menggunakan bahasa Sarawak dan boleh datang ke gig dalam masa terdekat pada 28 april di Kenyalang With The Light Out" tambah The Great Musang.

Band The Great Musang yang dianggotai oleh Khairul, Betmen dan Wandy ini boleh diikuti via sosmed atas nama The Great Musang untuk mengetahui karya dan projek seterusnya band Alternative grunge rock ini.

Comments


  1. agen365 agen jud! online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Post a Comment