SESI DENGAR #2 : CAUSTIC CROSS - SHORE-GA


Caustic cross adalah sebuah band yang berasaskan genre shoegaze dan post-punk. Terdiri daripada lima orang ahli iaitu Yazid (gitar) Jimi (bass) Ik (dram) dan Fattah (gitar dan vokal) yang ditubuhkan pada pertengahan tahun 2016 dan mula aktif awal tahun 2017. Obsesi pada riffing gitar yang berat pada pedal effect sedikit sebanyak dipengaruhi oleh band-band seperti Sonic Youth, My Bloody Valentine, The Horrors. Manakala dari melodi, lebih kepada pengaruh The Drums dan Beach Fossils.
Pada tahun 2017, Caustic Cross telah merilis sebuah demo bertajuk By Your Sound yang dicetak terhad dan kemudiaanya pada tahun 2018, demo Mother Love High Gain diriliskan.

Menurut Fattah, untuk Shore-Ga, semua ahli fokus kepada bunyian yang lebih bingit, lo-fi tapi kedengaran santai. Sebelum hasilkan Shore-Ga sememangnya Caustic Cross memikirkan arah tuju muzik Caustic Cross selepas demo kedua.

Dari segi lirikal, Fattah mengatakan lirik lebih fokus pada penghayatan dan maksud disebalik lagu dan muzik video terserah kepada pendengar.

Caustic Cross boleh diikuti via sosmed atas nama Causticcross.


Caustic Cross-Shore-Ga

Comments

  1. menang berapapun di bayar
    ayo segera bergabung bersama kami di bandar365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Post a Comment