THE ZOO: INDIE POP, MODERN CULTURE WANNABE DAN KUCHING CITY ROCK


The Zoo adalah band Indie Pop yang ditubuhkan pada tahun 2003 oleh bekas bassist NERD, Zaid. Zaid atau nama panggilannya Badol cuba meneruskan kesinambungan NERD dan disitulah tertubuhnya The Zoo yang kini anggotai oleh Badol (vokal) Tibet (gitar) Wandy (bass) dan Bedy (keyboard) disamping menggunakan khidmat sementara Muswandy dari band The Parking di posisi dram.

The Zoo yang dipengaruhi oleh muzik rock dan pop dari British tahun 69 sehingga sekarang seperti The Who, The Jam, The Doors, Depeche mode, New Order, Pulp, Suede, The Charlatans, Blur, Oasis dan Super Furry Animals selain musisi lokal seperti Blues gang, Kembara dan band indie tempatan.

Diawal kemunculan The Zoo, hanya ada empat lagu yang direkodkan antaranya Generation, Apple, Asia dan Last Adventure. Kebanyakkan lagu ditulis dan digubah oleh Zaid sambil dibantu ahli yang lain untuk proses kreatif. Untuk kemunculan semula pada tahun lepas, The Zoo, hasil gubahan Zaid, mereka meriliskan sebuah lagu bertajuk Kuching City Rock sebagai tribute khas kepada pendengar yang menyokong muzik tempatan khususnya di Kuching. Menurut Bedy "This band also dedicate to  line up The Zoo tahun sebelumnya, Edy Lambretta and also Borneo Scooterist, Kuching Indie Rebel Community, Kuching City Rock dan semua yang menyokong" Tambah Zaid "Kuching City Rock adalah rasa terima kasih kepada organiser, pendengar yang sentiasa menyokong. Ini adalah tanda kebangkitan semula scene underground. Aku dah lama dalam scene terutamanya di Kuching, bikin band untuk kepuasan. Cukup untuk kepuasan asalkan tak menyesal kemudian hari tak masuk majalah URTV, Mangga, Hiburan Minggu Ini, Hahahaha!" 

Ditanya mengenai maksud disebalik Modern culture wannabe yang terpapar di Instagram The Zoo, "Modern culture wannabe adalah terma nakal. Sebuah gambaran tentang The Zoo, terpengaruh dengan fesyen dan muzik" Kata Bedy.

Untuk mendengar dan mengetahui hal semasa, dimana The Zoo bakal mengeluarkan material terbaru tidak lama lagi, boleh mengikuti The Zoo di Instagram dan facebook selain bandcamp untuk mendengar demo-demo rilisan The Zoo.



Comments

  1. cuma di sini agen jud! online dengan proses yang sangat cepat :)
    ayo segera daftarkan diri anda di agen365 :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Post a Comment