TENTANG UNDERCOVER DREAM CLUB, JANGLE POP DAN HALA TUJU


Undercover Dream Club adalah sebuah band projek Fizan dan Herri dari Bittersweet yang turut terdiri daripada musisi sebagai sessionist seperti Ajim (keyboard) Husein (bass) dan Aies (dram). Melalui Herri yang mewakili Undercover Dream Club "Sebenarnya Undercover Dream Club ini adalah sebuah projek tak sengaja yang menjadi serius. Awalnya, projek ini hanyalah untuk persembahan akustik Bittersweet. Kelamaan, kami nampak potensi untuk pergi one step further sebab mempunyai lagu yang boleh digubah dan disiapkan untuk diketengahkan. Jadi, dengan persefahaman dan kemahuan, kami pun berusaha menjadikan Undercover Dream Club ini sesuatu, instead of just a cover lagu band lain."

"Konsep muzik Undercover Dream Club pula, kami lebih fokus untuk menghasilkan sebuah two-frontman band. Jadi, kita cuba mencari kelainan dari segi variasi vokal dua vokalis dan dalam masa yang sama cuba untuk mencipta lagu bahasa melayu dan inggeris yang boleh diterima antara arus perdana dan indipendent scene"


Di gig Prasasti Immunity Tour 2019 9 mac yang lepas, Undercover Dream Club beraksi sebagai sebuah band lengkap buat pertama kalinya selain single Biarlah Mentari diperdengarkan malam itu. Biarlah Mentari versi demo kini boleh didengarkan via youtube. Ditanya mengenai genre dan pengaruh muzik Undercover Dream Club, Herri mengatakan genre Undercover Dream Club terarah kepada indie rock, jangle pop atau apa saja yang bersesuaian untuk dimainkan. "Pengaruh muzik kami adalah seperti The Beatles, The Last Shadow Puppets, The Coral, The Merryless dan Codein Velvet Club"

"Untuk direction Undercover Dream Club, fokus terawal ialah untuk selesakan diri sebagai sebuah band baru. Ertinya dari segi pembikinan lagu, chemistry sebagai sebuah band, serta promosi band itu sendiri adalah fokus utama band ini. Kami sasarkan, bersama Undercover Dream Club ini adalah untuk merilis produk, lagu-lagu dan merchandise serta aktif di gig-gig masa akan datang. Seterusnya, kita lihat kemana  arah Undercover Dream Club akan bergerak"

Comments

  1. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indoneisa WA : +85587781483

    ReplyDelete

Post a comment