TENTANG IMAGINASI DAN FOLK EKSPERIMENTAL



Imaginasi music adalah sebuah band yang memperjuangkan genre alternative folk yang dibentuk pada tahun 2015 yang pada awalnya dianggotai Arif, Naz dan Zul. Pada 2017, Imaginasi menambah beberapa orang ahli yang lain bagi mempelbagaikan kreativiti. Kini Imaginasi dianggotai oleh Arif (Vocalist) Naz (Cadjon & Percussion) Zul (Guitar) Jai (Sape) Isa (Bassist) Azrul (acoustic guitar)

Imaginasi yang sering mendengar bunyian kugiran dari negara jiran seperti Stars and Rabbit, Fourtwnty dan Float sebagai pengaruh awal muzik Imaginasi, juga menginspirasikan atas kekaguman terhadap karya-karya tuhan yang menciptakan keindahan didunia ini. "Aku cuba ungkapkan semuanya menerusi penulisan sendiri" kata Arif. "Selebihnya adalah tentang proses suka duka kehidupan"

"Selain itu, kami mengharapkan muzik Imaginasi dapat diterima oleh masyarakat, dapat berkongsi kebahagiaan bersama dan dapat memberi mesej yang positif menerusi puisi dan lagu kepada semua pendengar" 

Menurut Arif, Imaginasi dalam proses menyiapkan EP yang dijangka akan dirilis pada hujung Julai 2019. "Dalam EP ini kami mempertaruhkan lima lagu antaranya ialah Meditasi Mimpi dan Penikmat Semesta. Perkembangan yang lainnya, Imaginasi lepas habis rakaman MV single Meditasi Mimpi yang akan dirilis pada pertengahan april"

Untuk mengenali dan mengetahui karya-karya indah Imaginasi Music boleh mengikuti Imaginasi Music via Instagram Imaginasimusic dan media sosial yang lain atas nama Imaginasimusic.

Comments


  1. ayo tes keberuntungan kamu di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Post a Comment