TEH C PENG WITH RADHI-O: AGIK IDOPE AGIK NGELABAND, SEKSA DADA DAN ROCK N ROLL


Interviu ringkas bersama Radhi OAG mengenai buku Radhio Radhikal yang diterbitkan oleh Rabaklit; sebuah rumah penerbitan buku budaya pop yang bakal dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada 29 mac sehingga 7 april 2019. Selain buku Radhio Radhikal, Radhi juga menceritakan hal-hal tentang Seksa dada dan rock and roll, petikan popular Andy Warhol, terma Agik idope Agik Ngelaband: Kuching best moment di opening konsert Peterpan, Indiestry dan lain-lain.

Via whatsapp, Radhi memberi pandangan tentang seksa, dada dan rock and roll "Hopefully tidak ada yang salah ertikan bila involved perkataan "dada" tidak ada kena mengena dengan apa yang anda sedang bayangkan" Radhi berseloroh. Kalau diamati lirik lagu Bawahtanahayer, Seksa dada dan rock and roll ada dalam lagu tersebut. "Definitely and obviously kisah "Seksa" yang terbeban didalam dada. "Pernah rasa chest pain bila hisap tembakau? imagine gine rasa? 

"Rock n roll? Regardless Punk rock. Regard Punk rock"


"Indiestry is my playword for industry. An experimental business. Totally DIY. As we see the world today, semua dah DIY. Budak darjah 1 dah ada own page do be discover in about five minutes. Andy Warhol dolok madah in 15 minutes to be discover meaning to be famous in five minutes. Radhi empun quote after Andy quotes dah sik valid, hahaha!"

"Kuching best moment? rock and roll moment OAG opening for Peterpan and OAG dituduh sengaja sabotaj apabila OAG4EVA lebih chaos and riot berbanding crowd Peterpan also sik sengaja terpijak fire affect on stage. Aih? OAG dari Sarawak so obviously crowd lebih padu nak dicompare dengan Peterpan. Lagu OAG dan Peterpan pun jauh beza. By the way, respect to Peterpan/Noah"

Pada 29 mac 2019, bermulanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC akan dilancarkan buku Radhio Radhikal: Seksa Dada dan Rock and Roll yang berkisarkan tentang Radhi mula bangkit dan melawan, membuka cerita hitamnya selain menjawab beberapa perkara, tentang album OAG bahasa melayu yang pertama, maksud disebalik lagu Nawaitu, Punk dan Alternatif.


"InsyaAllah buku ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa macam wikipedia sebab untuk pengetahuan, edisi pertama buku ini kami siapkan dalam sebulan sebab nak siap sebelum PBAKL" melalui terbitan Rabaklit, buku ini boleh didapati di PBAKL dan info Meet and Greet bersama Radhi akan diadakan pada 30 mac, jam 5 petang bersama penyajak, Jack Malik dan pembikin filem, Nasir Jani. Buku-buku dari Rabaklit juga boleh didapati di website rabaklit.com dan seperti mana kata Radhi mengenai buku Radhio Radhikal "Bacalah tanpa prejudis"


Comments

Post a Comment