STATIK: EP VIOLET BUAT FANSTATIK


Statik sememangnya mewarnai zaman sekolah tahun 2009 dan secara personal, berusia 14 tahun ketika itu, lagu-lagu Statik seperti Cherita kita, Bintang dan Nikmat Sementara seperti anthem. Setelah itu, Statik senyap seketika walaupun Bagak kerap keluar dengan lagu solonya seperti yang aku ingat dan hafal keseluruhan liriknya adalah Curiga selain Temujanji Di Galaksi, Gadisku Dan Rahsianya.

Lupakan 2009. 10 tahun setelah itu, Statik yang ditubuhkan pada 2008 dengan tiga figura, Haziq, Enol, Pendi dan tidak lama kemudian, Akmal menjadi famili terbaru sejak tahun 2016 kini mucul dengan EP Violet yang memuatkan lima buah lagu antaranya Garisan Penamat, Violet, Dari Gadis Itu dan Nikmat Sementara versi akustik. Via dm Insta-Statik yang diwakili Bagak, sememangnya diakui ada sedikit perubahan muzik Statik untuk tempoh 11 tahun kerana pertukaran line-up, usia, dan peredaran masa. Menurut Bagak "Untuk konsep EP Violet ini, konsep lagu dan lirik lebih serius, sesuai dengan usia yang bukan lagi remaja. Lirik lagu pula lebih kepada pengajaran, sesalan dan bimbingan dalam hidup dan sedikit romantisme" tambah Bagak lagi Konsep bunyian Statik masih seperti dulu yang mereka gelarkan sebagai ringkas dan mudah untuk didengari tapi diberikan fokus kepada kualiti dan susunan muzik.

"EP Violet sebenarnya lebih kepada hadiah untuk Fanstatik semua yang dah lama tunggu material baru dari kami, sementara kami sedang menyiapkan album Statik akan datang" menurut Bagak, dua  buah lagu dalam EP Violet dirakamkan di Haziq Homestudio dan proses rakaman tiga buah lagu lagi di Speed Studio, Bandar Baru Uda. "InsyaAllah atas permintaan, Statik akan keluarkan t-shirt terbaru dalam masa terdekat ini selain Statik sedang menyiapkan album terbaru, kalau tiada apa-apa halangan, akan dikeluarkan pada hujung tahun ini"

Untuk 2019, Statik mengharapkan muzik Statik akan diterima dengan baik, mampu menawan hati pendengar-pendengar generasi yang baru memandangkan, seloroh Bagak, Statik sudah dalam kategori Old school. Untuk sebarang urusan pembelian EP Violet, hal-hal semasa Statik boleh terus ke akaun instagram Statiksound.




Comments