RETREO, HALUSINASI DAN DISKO INDIE ROCK N' ROLL


Retreo adalah sebuah kugiran yang berfokus pada genre disko indie rock n' roll telah pun meriliskan sebuah single terbaru bertajuk Halusinasi. Selepas EP Senjata Romeo yang memuatkan lagu seperti Intro Romeo, Kehidupan, Peluru Berbisa, Hey Hey Girl dan Senjata Romeo, lagu Halusinasi adalah single pertama dalam album akan datang yang kini dalam proses pembikinan. Syah selaku gitar solo  Retreo mengatakan Retreo akan mengeluarkan album pada tahun ini, yang pasti adalah selain Halusinasi, sebuah lagi lagu bertajuk Lari antara yang akan dimuatkan dalam album tersebut. 

Bercerita mengenai Halusinasi, lagu tersebut menurut Syah, adalah berkisarkan tentang perjalanan mendirikan sebuah kugiran dan semangat setia kawan. Disamping itu, proses penciptaan lagu tersebut datangnya dari setiap ahli Retreo- Hamizan, Syah, Majon, Marlton dan Milan. Retreo yang pernah menyertai Vans Musician Wanted yang diadakan pada ogos tahun lalu juga dalam perancangan menjelajah bersama empayar Retreo seluruh borneo. 



Retreo yang dipengaruhi dengan muzik dari Franz Ferdinand dan The Killers ini mahu semua pendengar terus menyokong karya lokal bukan hanya Retreo tetapi sesiapa saja yang berkarya dan untuk itu, segala rilisan dan hal-hal terkini band disko indie dari Kuching ini boleh didengar di soundcloud, youtube dan sosial media atas nama Retreo_Official. 

Comments

  1. ayo daftarkan diri anda di 4g3n365*c0m :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Post a Comment