NYALAKAN SIGAR DAN DENGAR WP.SHHH KAKI SEMBANG


Aku masih ingat kali pertama Wan Purong berkongsi lagu ini untuk sesi pra-dengar via whatsapp. Lirik yang bersahaja dari permulaan "Tanggal hari sabtu, nak pergi mandi manda dengan memberku" aku berhenti seketika mendengar lagu tersebut dan nyalakan sigar kemudiannya tanpa sedar ia membawa aku sehingga ke "aku memang sahabat dunia akhirat, yang sembang kencang" 

Ini bukan sebuah reviu, ini juga bukan opini. Lagu Kaki Sembang tak perlu reviu maha berat, atau opini duapuluhsen. Anda hanya perlu sebatang sigar dan benarkan Kaki Sembang bercerita kepada anda. Itu sahaja. Mungkin inilah yang dikatakan Jarvis Cocker "I Never Said I Was Deep"




Untuk mengetahui karya Wp.Shhh lebih lanjut, boleh usha sosial media Wp.Shhh dan saluran Youtube milik Wp.Shhh. Entah, kegilaan apa yang Wp.Shhh akan hidangkan kepada kita selepas ini, biarlah ia menjadi bisikan pertanyaan yang jahat. 

Comments

  1. ayo daftarkan diri anda di a*g*e*n*3*6*5 :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Post a Comment