HEROINE KEMBALI DENGAN ALBUM JUDAS


Heroine dengan nafas baru akan meriliskan mini album bertajuk Judas yang mengandungi lagu dalam bahasa melayu sepenuhnya. Menurut Coki, mengharapkan proses rilis Judas berjalan dengan lancar disamping kesibukan setiap anggota Heroine. Antara lagu yang dimuatkan dalam mini album tersebut adalah seperti Judas, Nada Ekspress dan Mesin Serigala. Untuk 2019, selain mini album Judas, Heroine juga akan dibarisi oleh dua orang yang tidak asing di scene Kuching, Tarix dan A.A.

Heroine yang ditubuhkan pada 2008 selepas Dutchess Sophie memilih haluan masing-masing dan mula membuat rakaman lagu melalui EL Factory record yang bertapak di Samariang. Setelah itu idea mewujudkan Heroine muncul. Pada 2008, Heroine dianggotai oleh Adif, Coki, El, Emon sehingga ke hari ini, Coki antara anggota yang masih kekal bersama Heroine.

Dibantu oleh adanya media seperti facebook dan soundcloud lagu-lagu Heroine mula kedengaran yang kemudiannya menarik perhatian penganjur gig di Kuching membuatkan Heroine terus kekal aktif bukan hanya di Kuching tetapi keberadaan yang lain juga turut membantu pergerakan Heroine.
Heroine yang dipengaruhi oleh bunyian band punk rock dari Bolton, Buzzcocks, sudah pun mengeluarkan EP pada 2015 yang bertajuk The Man Was Lying Down yang mengandungi lima buah lagu antaranya adalah Bono Blow dan Two Detectives. Pada 2018 The Man Was Lying Down (remastered) dirilis dan terkini, Heroine bakal meriliskan tiga buah lagu dalam bahasa melayu yang turut dimuatkan dalam album Judas.

(HEROINE-BONO BLOW)

"Heroine tetap fokus pada pendirian, muzik dan mesej yang ingin disampaikan dalam setiap lagu. Ianya penting, mesej dan konsep muzik yang ingin disampaikan oleh Heroine kerana kerap kali Heroine dianggap sebuah nama yang negatif sepertimana pernah diminta menukar nama kerana ada pihak yang beranggapan nama Heroine diambil atas nama dadah dan ada diantaranya merujuk Heroine kepada feminis" kata Coki ketika menceritakan hal-hal lain tentang Heroine.

Bercerita mengenai Kuching City Sound "Pendapat Heroine secara general, kami melihat hal-hal yang positif berlaku kerana sentiasa ada band baru yang muncul selain bersatu dalam apa jua jenis muzik dan genre. Dalam konteks Heroine pula, Heroine mula membikin lagu dalam bahasa melayu untuk memperjuangkan bahasa melayu selepas melihat band luar negara begitu bangga membikin karya menggunakan bahasa ibunda mereka, mengapa tidak untuk kita melakukan hal yang sama?"

Karya dari bunyi-bingit Heroine sememangnya ditunggu oleh pendengar yang sentiasa bertanyakan material terbaru meskipun diakui Heroine sedikit perlahan dan senyap kerana komitmen kerja dan masa, namun sokongan kepada muzik atau karya Heroine membolehkan mereka terus aktif berkarya. Hal itu menginspirasikan Heroine untuk mengeluarkan karya selain pada masa yang sama, Heroine dalam perancangan tour #Judas sekitar Kuching, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.

Untuk mengetahui perkembangan Heroine, mereka boleh diikuti via sosial media selain EP The Man Was Lying Down boleh didengarkan di Spotify.



Comments

  1. Sudi2 lah jengok channel youtube saya..saya ada upload & buat playlist Heroine gig KCR18..mohon like, subcribe & share guys.

    https://www.youtube.com/playlist?list=PLSaVTupT2DfbXzrSyu9gmjV6ylpr8SNmD&jct=VeN7YLhS3YHzVvcJrCDk9UQ462tn1Q

    ReplyDelete

Post a comment