ABC ROCK N' ROLL THE JUICEBOX


Genre abc rock n'roll taruhan The Juicebox, sebuah kugiran dari Sri Aman yang dianggotai oleh Ariey (Vokalis) Ajipin (Gitaris) Iqin (Dram) Keni (Bassist) dan Azzam (gitaris) dibentuk pada November 2017. Bermula hanya sekadar jamming untuk mengisi masa kini semakin serius berkarya sambil dibantu oleh Mohammad Ayuii yang pernah bersama dengan kugiran The Origins.

Ariey selaku vokalis The Juicebox memperincikan tentang genre The Juicebox "Genre abc rock n'roll adalah gabungan beberapa genre atau paling mudah rock n'roll yang diolah dalam nafas baru" melalui single pertama The Juicebox, Romeo Kota, jelas pengaruh The Strokes, The Rascals, Miles Kane begitu jelas dalam single tersebut. Dari sudut lirikal pula, The Juicebox banyak terinspirasi dari hal-hal yang berlaku pada sekeliling.

Pengaruh awal atau inspirasi menurut Ariey, The Juicebox menginspirasikan  bunyi-bingit dari Arctic Monkey, Oasis, The Changcuters selain Bittersweet dan Da Vagabonds. Sudah pasti tidak ketinggalan The Strokes, bahkan nama The Juicebox diambil kerana salah satu lagu The Strokes.

Terkini The Juicebox dalam perancangan menyiapkan EP  pertama namun fokus masih lagi terarah kepada proses pembikinan lagu yang lain setelah single pertama, Romeo Kota. Tambah Ariey, mengenai misi The Juicebox  "Kami mahu karya kami diterima oleh pendengar selain terus maju dengan kelainan karya yang kami persembahkan" The Juicebox menjadikan Retreo dan Kugian A. Sazalies sebagai contoh yang mampu menembus pasaran semenanjung Malaysia dengan karya-karya mereka selain The Juicebox berharap akan terus aktif di gig-gig selain akan mengikuti sebuah program ROTTW yang berlangsung sekitar Oktober 2019. 

Kemaskini mengenai The Juicebox boleh diikuti via Facebook dan Instagram The Juicebox Official dan the_juicebox_official.

Comments

  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Post a Comment