SINESTESIA POP ROJAK MODEN WP.SHHH



Kali pertama aku berborak dengan figura gitaris Kugiran A. Sazali, Wan Purong adalah ketika menyiapkan zine Viva La Kuching pada tahun 2016. Berpindah dari Ampang ke Kuching sedikit memberi keterujaan kerana hal itu menemukan aku dengan kugiran misterius dan berani - Kugiran A.Sazali, walaupun di Kuching misalnya, di monopoli bunyian britpop dan band-band punk seperti Heroine, Inspired The Bee dan Polishit (Hanya menyebut beberapa nama) Ketika itu Kugiran A. Sazali mula aktif seluruh pelusuk Sarawak pada tahun 2017 meskipun kugiran A. Sazali ditubuhkan pada tahun 2009. Kuching, Mukah, Sri Aman, Sibu entah pelusuk mana lagi Kugiran A. Sazali bermain muzik dan memuaskan nafsu-nafsu penggemar muzik. 


"Genre kami (Kugiran A. Sazali) pop rojak" Wan Purong, gitaris Kugiran A. Sazali, zine Viva La Kuching, 2016.







Sehingga kini, mereka terus berkarya menyebarkan virus #AngkatPelir yang menujukkan keberanian mereka dalam berkarya dan memperkenalkan bunyian alunan pop rojak moden hingga nama Kugiran A.Sazali bukan hanya di poster-poster gig sekitar Sarawak tetapi mereka mula menempatkan diri di semenanjung dan juga muncul di saluran tivi arus perdana. 

Selepas mengeluarkan EP Alunan Pop Rojak Moden bersama Kugiran A. Sazali, Wan Purong kini sedang giat menjayakan projek solo yang diberi nama - Wp.Shhh yang masih mengekalkan bunyian pop rojak. Berbeza ketika bersama Kugiran A.Sazali sebagai gitaris, posisi Wan Purong bersama Wp.Shhh adalah vokalis disamping dibantu oleh musisi yang lain. Menurut Wan Purong, projek ini lebih kepada mengisi ruang kosong kehidupan dan ia diterjemahkan dalam muzik Wp.Shhh yang bersahaja manakala Kugiran A.Sazali, lebih berat, menurut Wan Purong. 

Wp.Shhh adalah variasi warna dalam scene muzik alternatif tanahair seperti idea asal Wan Purong melihat muzik sebagai penyatuan walaupun citarasa muzik berbeza, ubah mentaliti dan buka minda seluasnya supaya ruang yang sedia ada meriah dan berdansalah kalian atas kepelbagaian muzik yang dihidangkan.

Untuk mengetahui projek Wp.Shhh boleh megikuti instagram Wp.Shhh untuk pra-dengar lagu Wp.Shhh selain gig-gig yang disertai dalam masa terdekat. 

Comments