SAYONARA, BOYS!: "OUR GENRE IS BASICALLY KRETEK SO DEAL WITH IT"


Sayonara, Boys! ditubuhkan pada akhir tahun 2018 selepas kali pertama ahli-ahli Sayonara, Boys! berkenalan di konsert Hujan 10 tahun. Nama Sayonara Boys! juga digunakan sebagai try and error menunjukkan bahawa tidak khusus kepada mana-mana pengaruh untuk santapan pendengar walaupun secara personal, setiap ahli Sayonara, Boys! mempunyai  citarasa muzik tersendiri dan nama-nama band lokal dan luar negara seperti Killeur Calculateur, Prasasti, Senja, Jaggfuzzbeats, Last Dinasour, Foals dan Circa Waves menjadi inspirasi.

"Genre, kitorang panggil ia kretek. kami tak dapat nak specify mana-mana genre sebab kami nak bermain dengan pelbagai genre dan mengetahui lebih lagi dari segi musically and lyrically" menurut Sayonara, Boys! yang sentiasa ada idea-idea baru kadangkalanya proses kreatif berlaku semasa jamming session sebegitu juga lirik dan melodi tercetus seterusnya membolehkan penambahbaikan idea-idea tersebut. Mengenai lagu-lagu rilisan Sayonara, Boys! mereka sudahpun memiliki 3 buah lagu antaranya Elders, Fall Apart dan Same Lane.

Perkembangan terkini, Sayonara, Boys! sedang berusaha menyiapkan demo lagu-lagu mereka  bagi membolehkan karya mereka diperdengarkan oleh masyarakat kini terutama peminat muzik sekaligus ruang eskapism yang diisi oleh Sayonara, Boys! mampu menyenangkan pendengar selain dalam perancangan untuk memuatnaik lagu-lagu mereka di platform seperti spotify, soundcloud dan sebagainya setelah proses demo siap diperdengarkan.

Untuk mengetahui tentang muzik, kretek, gig dan eskapism Sayonara, Boys! boleh ke instagram dan platform sosmed Sayonara, Boys!





*foto dari instagram Sayonara, Boys!

Comments

Post a comment