CLOCKWISE: "WHAT DO YOU WANT FROM THIS CITY? IT'S ONLY SMOKE CITY!"



Clockwise adalah sebuah band post-punk dari Kuching, city of unity. Dianggotai oleh Tariq sebagai gitar dan vokal, Johari diposisi bass dan vokal, Shahmiyuddin dan Asyraf masing-masing bermain gitar dan dram. Sebelum ini Mirul dan Aziz juga pernah memberi komitmen bersama Clockwise sebelum  memilih haluan yang lain. Ketika pertama kali melihat Clockwise di  gig Salam Pecah Laut Tour: South China Sea dan Glass sememangnya bunyi-bingit Clockwise begitu matang dan itu diakui oleh Tariq, dimana Clockwise menunjukkan kematangan dalam menghasilkan karya berbanding sebelumnya.

"Mungkin atas dasar kematangan Clockwise, kami faham pendirian Clockwise dalam scene. Kadang-kadang kami minta slot, ada ketikanya we pay for play. Itu lumrah dalam scene, man!" 



Mengenai pengaruh muzik Clockwise, masing-masing mempunyai pengaruh tersendiri, jika di-general-kan pengaruh bunyi-bunyian Clockwise datangnya dari Joy Division, Fugazi, Daniel Striped Tiger dan They Will Destroy Us. Clockwise juga memberi peluang kepada pendengar untuk melabel genre Clockwise disebabkan semua orang memiliki citarasa muzik tersendiri. Dari sudut lirikal, lagu-lagu Clockwise berkisarkan kehidupan semasa "What you do want from this city? it's only smoke city!" salah satu baris lirik yang terdapat dalam lagu Clockwise dan sedikit gambaran mengenai cerita yang ingin disampaikan oleh Clockwise.

Tariq juga berpendapat paling menarik scene di Kuching  selain berkarya, adalah bersatu. "Every gig or genre, ramai yang akan pergi gig" tambah Tariq. "Selain scene Kuching, scene Samarahan, Serian dan bahagian-bahagian yang lain juga turut support dan dapat dilihat perkembangan positif dari band yang beraksi semakin matang, lebih kreatif dalam berkarya untuk mewarnai scene selain keluarkan demo, EP, dan expose themselve. Dari sudut pendengar bunyi-bingit di Kuching misalnya, terlalu banyak band yang berbakat dan kreatif seperti Caustic Cross, Hayatun Nafs, Sawtoture, South China Sea, Rey/Rey dan The Zoo (Hanya menyenaraikan beberapa nama)" Dalam pada masa yang sama, Tariq juga berterima kasih kepada penganjur gig yang banyak membantu Clockwise dan band-band yang lain "Masa dan duit mungkin tak menguntungkan tapi pengalaman dalam scene yang disumbangkan akan berterusan untuk generasi seterusnya."

Perkembangan terkini Clockwise, mereka dalam perancangan menyiapkan EP. Kemungkinan tempoh-masa disiapkan tidak dapat dipastikan kerana komitmen kerja hakiki disamping Tariq yang menetap di Kuala Lumpur  namun Clockwise akan mengeluarkan material terbaru secepatnya pada tahun ini. Untuk mengetahui perkembangan dan hal-hal terbaru mengenai Clockwise juga boleh diikuti di laman sosial Clockwise selain saluran youtube: clockwisekchchannel.


Clockwise di gig Salam Pecah Laut Tour: South China Sea dan Glass di HAUS, Kuching.







*kredit foto: Instagram Clockwise dan Amiruzzamanhamzah

Comments

  1. cuma di sini agen jud! online dengan proses yang sangat cepat :)
    ayo segera daftarkan diri anda di agen365 :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Post a comment