TEH C PENG WITH: NICESTUPIDPLAYGROUND

Lagu-lagu Nicestupidplayground dari album My Life Is Biggest Television memenuhi ruang bilik sambil kuhembus asap sigar. aku tertanya-tanya tentang perkembangan terkini Nicestupidplayground, band dari Sarawak yang aktif sekitar tahun 90an. Nasib aku dan bawahtanah baik, Teh C Peng with Nicestupidplayground akan disiarkan di blog bawahtanah selepas beberapa minggu menunggu respon dari pihak Nicestupidplayground, John.

Konsep borak-santai via facebook, John tenang membalas pertanyaan ringkas mengenai hal-hal baru tentang Nicestupidplayground.

Perkembangan terkini selepas Rocktoberfest, ada perkembangan terbaru atau akan kembali aktif di gig sekitar Sarawak dan luar Sarawak?

Nicestupidplayground sekarang tengah sibuk recording album baru yang dijangka akan siap pertengahan tahun ini. Buat masa ini 4 lagu telah siap direcord. Keseluruhan proses recording telah/akan dilakukan di Kuching manakala mixing & mastering akan dilakukan di Kuala Lumpur. Kita merancang untuk mempromosi album baru nanti secara roadtour, kalau boleh ke seluruh negeri.

Nicestupidplayground akan keluarkan album terbaru, ada perbezaan dengan dengan album dan lagu-lagu hits Nicestupidplayground yang lepas? Masih mengekalkan konsep Borneo-Pop?

Walaupun nicestupidplayground telah berusia 26 tahun, untuk album baru ini kami masih mengekalkan konsep pop seperti album yang sebelum ini.

Proses kreatif Nicestupidplayground untuk album akan datang.

Susunan dan struktur muzik lebih kepada melodi yang singalong tetapi dari segi penulisan lirik, ia lebih dalam dan agak gelap.

Beberapa bulan lepas, aku ada beli merchandise Nicestupidplayground-T-shirt, adakah ia membantu perjalanan Nicestupidplayground atau mahu terus peminat merasasi kehadiran Nicestupidplayground?

Proses rakaman album nicestupidplayground dibiayai oleh pelabur dari KL, jadi hasil jualan merchandise bukanlah  bertujuan untuk mendapat keuntungan atau untuk  membiayai proses rakaman. Ia cuma untuk mengerakkan atau mengekalkan kehadiran nicestupidplayground dialam arus dunia seni tanahair. Mechandise official boleh didapati melalui facebook Stereoctave John.

Harapan Nicestupidplayground untuk scene muzik tanahair dan untuk peminat yang dahagakan liveshow Nicestupidplayground.

Nicestupidplayground akan menyertai show Music for Unity Vol.3 yang bakal diadakan di Ranchan Waterfall Hall pada 7 Julai 2018. Memandangkan kami jarang perform di Kuching, kami harap pengemar muzik tempatan yang dahagakan liveshow kami atau yang tidak pernah melihat kami perform untuk datang beramai-ramai bulan Julai nanti.

Comments